top of page
Laporan Sesi Pengenalan Penarafan Hijau MyCREST

Tarikh : 06 Julai 2018

Pada 6 Julai 2018 yang lalu, satu sesi taklimat pengenalan CARBON REDUCTION & ENVIRONMENTAL SUSTAINABILITY TOOL (MyCREST) telah diadakan di Kompleks Jabatan Peguam Negara (Lot 4G7). Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan ringkas mengenai penarafan hijau MyCREST kepada agensi pelanggan Jabatan Peguam Negara (AGC).

 

Taklimat ini diadakan dengan kerjasama Kumpulan 3, Bahagian Senggara Zon 3, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, kontraktor Pengurusan Fasiliti iaitu Pertabina Technical Services Sdn. Bhd. (PTSSB) dengan menjemput Encik Rizalman daripada MAMPAN-CIDB untuk menyampaikan taklimat ini. Taklimat bermula pada jam 3.00 petang dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Peguam Negara, staf-staf teknikal dari Kumpulan 3, Bahagian Senggara Zon 3, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dan kakitangan syarikat PTSSB. 

 

Antara intipati taklimat adalah prosidur dan dokumen yang diperlukan untuk proses penarafan hijau MyCrest. Berdasarkan pengalaman pihak AGC dalam memperolehi penarafan Bangunan Hijau sebelum ini, Encik Rizalman yakin bahawa bangunan AGC mampu mendapat penarafan MyCrest dengan jayanya. Di samping kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar dan penjimatan penggunaan tenaga, pihak Jabatan Peguam Negara telah menunjukkan minat terhadap program penarafan hijau MyCrest dan akan membawa hasrat tersebut kepada pihak pengurusan tertinggi mereka.

 

Encik Rizalman telah memberikan pujian dan ‘thumbs-up’ kepada pihak Jabatan Peguam Negara atas hasrat dan minat yang telah ditunjukkan.

 

Taklimat diakhiri dengan penyampaian sedikit cenderamata kepada Encik Rizalman oleh pihak Jabatan Peguam Negara dan diikuti dengan jamuan ringan sebelum bersurai pada jam 5.00 petang.

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Senggara Zon 3 dan Kejuruteraan Elektrik

JKR W.P Putrajaya

bottom of page