top of page
Sesi Pengauditan Anugerah Kontraktor Cemerlang (AKC) Bagi Zon 3

Tarikh : 24 Januari 2018

Pada tarikh 24 Januari 2018, pihak Mozzpower Sdn. Bhd. kontraktor Pengurusan Fasiliti bagi Masjid Putra di bawah seliaan Bahagian Senggara Zon 3 & Kejuruteraan Elektrik  telah menerima kunjungan dari panel penilai untuk pertandingan Anugerah Kontraktor Cemerlang (Pengurusan Fasiliti Bangunan) anjuran Jabatan Kerja Raya, Malaysia (JKR).

 

Pertandingan Anugerah Kontraktor Cemerlang (Pengurusan Fasiliti Bangunan) ini merupakan satu pertandingan yang diadakan secara tahunan bertujuan untuk menghargai Kontraktor Pengurusan Fasiliti Bangunan yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Sesi Audit dimulakan dengan satu sesi pengenalan dan taklimat yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Saidina Ali, Masjid Putra dan sesi diteruskan dengan lawatan tapak ke sekitar Masjid Putra.

 

Sesi penutup telah dijalankan di Pejabat Penyelenggaraan Mozzpower Sdn.Bhd dan pihak penilai telah memberi ulasan dan komen yang membina dalam usaha meningkat dan memperbaiki lagi mutu perkhidmatan penyelenggaraan di Masjid Putra. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.

 

Disediakan oleh;

En. Tan Yeong Yong

Jurutera Elektrik (J41)

Bahagian Senggara Zon 3

bottom of page