top of page
Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bilik Kewangan Dan Kerja Menaik Taraf Sistem Rangkaian Setempat (LAN) Bahagian Pentadbiran Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 20hb Nov 2020 (Jumaat)

Majlis Penyerahan Projek Cadangan Pembinaan Bilik Kewangan Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya Dan Kerja-Kerja Menaik Taraf Sistem Rangkaian Setempat (LAN) Di Bahagian Pentadbiran Masjid Putra, Putrajaya telah diadakan pada 20 November 2020 (Jumaat) bertempat di Masjid Putra.

 

Pelaksanaan kedua-dua projek ini telah dilaksanakan di Bahagian Pentadbiran Masjid Putra, Putrajaya bermula pada 14hb Julai 2020(Bilik Kewangan) dan 15hb Julai 2020(LAN) telah disiapkan mengikut masa yang ditetapkan pada 05hb Oktober 2020 dan 06hb Oktober 2020 iaitu selama 12 minggu bagi . Dimana skop projek ini adalah pembinaan Bilik Kewangan beserta dengan Bilik Bincang, Kaunter Serahan Duit dan Penukaran Siling di Keseluruhan Ruang Pejabat manakala skop kerja bagi projek LAN adalah menaik taraf Rangakaian Setempat di Bahagian Pentadbiran melibatkan pendawaian point it baru, wifi dan server baru Masjid Putra.

 

Berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan oleh Jabatan Kerja Raya WP Putrajaya, pihak pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilaksanakan.

 

Terima kasih diucapkan atas kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak Masjid Putra kepada JKR WP Putrajaya untuk melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian ini. Diharap kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

bottom of page