top of page
Mesyuarat Penyerahan Kompleks C, Putrajaya

Tarikh : 30 Januari 2018

Pada 30 Januari 2018 telah berlangsung Mesyuarat Penyerahan Pengurusan Fasiliti Kompleks C oleh syarikat THP Sinar Sdn Bhd. kepada pihak JKR WP Putrajaya yang tamat pada 31 Januari 2018. Kontrak Pengurusan Fasiliti baru akan bermula pada 1 Februari 2018 sehingga 31 Januari 2022. 

 

Antara Dokumen Penyerahan yang diserahkan ialah dokumen kecacatan (Defect List), As Built Drawing, Sijil-sijil jaminan, kunci bilik utiliti, senarai password peralatan, senarai aset, sijil PMA, dan sijil kalibrasi.

 

Mesyuarat diakhiri dengan penyerahan Dokumen Penyerahan oleh Encik Jalil Bin Jaafar (JMPK Zon 1) kepada Kontraktor Pengurusan Fasiliti baru iaitu THP Sinar Sdn Bhd, serta Kontraktor Housekeeping iaitu Sinar Jernih Sdn Bhd.

 

Berita disediakan oleh:

Mohd Hasyimi Bin Abdullah
Jurutera Elektrik (J41)
Bahagian Sengara Zon 1

bottom of page