top of page
Majlis Penyerahan Projek Cadangan Pengubahsuaian Ruang Pejabat Bahagian Perancangan Korporat, Aras 7 Utara, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Presint 2, Putrajaya.

Tarikh : 17hb Dis 2020 (Khamis)

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Cadangan Pengubahsuaian Ruang Pejabat Bahagian Perancangan Korporat, Aras 7 Utara, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Presint 2, Putrajaya pada 17hb Disember 2020 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Perancangan Korporat, Aras 7 Utara, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Presint 2, Putrajaya.

 

Majlis dihadiri oleh Yang Berusaha, Pengarah JKR  Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ir. Anita Binti Mohamed Shafie dan Yang Berusaha, Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Tuan Abdull Wahid Bin Sulong dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Majlis turut dihadiri oleh pihak kontraktor, Pn. Lutfiah Hanim Binti Lut selaku pengurus projek Teknik LK Enterprise. Majlis mula berlangsung pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

 

Majlis Penyerahan ini telah dimulakan dengan bacaan doa kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha, Pengarah JKR WP Putrajaya. Beliau telah mengucapkan tahniah dan terima kasih  kepada semua warga kerja JKR WP Putrajaya, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pihak kontraktor Teknik LK Enterprise dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

 

Beliau memaklumkan pelaksanaan projek ini telah dilaksanakan di Pejabat Bahagian Perancangan Korporat, Aras 7 Utara, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Presint 2, Putrajaya bermula pada tahun 04hb September 2020 dan telah disiapkan pada 17hb November 2020 iaitu selama 10 minggu dimana skop projek ini adalah melibatkan pengubahsuaian ruang pejabat iaitu Bilik Mesyuarat, Bilik Pegawai, Bilik Utiliti, Ubahsuai Meja Mesyuarat, kerja-kerja elektrik dan mekanikal.

 

Majlis juga diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha, Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Beliau telah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak JKR WP Putrajaya, pihak kontraktor Teknik LK Enterprise, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Beliau berpuas hati dengan penyiapan projek mengikut tempoh yang ditetapkan dan berharap agar kerjasama ini dapat terus dikekalkan.   

Majlis diteruskan lagi dengan tandatangan Perakuan Serahan Kerja Siap dan serahan Laporan Akhir Projek oleh pihak JKR WP Putrajaya kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

 

Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan sesi bergambar antara pihak JKR WP Putrajaya, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak kontraktor Teknik LK Enterprise.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page