top of page
Majlis Penyerahan Projek bagi Kerja-kerja Pembaikan Rasuk Di Anjung Infleksi Klinik Kesihatan Presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tarikh : 22hb April 2019 (Isnin)

  Majlis Penyerahan Projek bagi Kerja-kerja Pembaikan Rasuk Di Anjung Infleksi Klinik Kesihatan Presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya telah disempurnakan oleh Tuan Ir. Ibtisham bin L. Saleh (Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek) bersama Dr. Husnina binti Ibrahim (Pegawai Kesihatan Putrajaya, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya).

 

  Projek ini telah ditawarkan kepada Perniagaan Fajar Ayu dan dimulakan pada 21hb Februari 2019 dengan tempoh pembinaan selama 6 minggu. Projek ini berjaya disiapkan pada 28hb Mac 2019 iaitu 8 hari awal dari tarikh jangkaan siap asal (4hb April 2019).

 

  Skop kerja ini adalah membaiki struktur rasuk yang retak dengan kaedah merekabentuk kembali rasuk kepada saiz yang lebih besar. Rasuk sedia ada telah di analisis dan direkabentuk semula oleh Puan Ir. Che Mimi Ismail bersama Puan Ir. Siti Norbaiti Mohb Yusof dari Bahagian Pengurusan Projek, JKRWPP.

 

  Pihak Pejabat Kesihatan Putrajaya bersama Klinik Kesihatan Presint 9 merakamkan ribuan terima kasih kepada JKRWPP kerana berjaya siapkan dalam tempoh yang singkat. Kerjasama dan komunikasi yang baik di antara Pihak Jabatan Kesihatan, JKRWPP dan Kontraktor dapat menjayakan projek ini dan secara tidak langsung projek ini dapat disiapkan awal dari perancangan asal.

Berita Disediakan Oleh:

En. Rosleen Bin Kasim 

Jurutera Awam Gred J41

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

bottom of page