top of page
Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja Baik Pulih & Hiasan Dalaman Pejabat Timbalan Menteri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)

Tarikh : 21hb Sep 2020 (Isnin)

Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja Baik Pulih & Hiasan Dalaman Pejabat Timbalan Menteri (Undang-Undang & Parlimen) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Putrajaya, kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri tersebut yang telah diadakan pada 21 September 2020 dan disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Ahmad Jalil bin Jaafar, Timbalan Pengarah JKR WPP, kepada Yang Berusaha Tn Hj Abd Aziz bin Mohd Johdi, Timbalan Ketua Pengarah Dasar Dan Pembangunan, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri.

Majlis ini turut dihadiri oleh Tn. Zahrollail bin Zainal, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, BHEUU, En. Shahren bin Ahmad Saman Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, BHUEE. Pasukan Projek, Bahagian Pengurusan Projek Jabatan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKR WPP), selaku HOPT, Ir. Azlan Bin Mohd Anwar, Jurutera Eletrik Penguasa, turut hadir Arkitek Penguasa Kanan selaku HODT Pasukan Projek JKR WPP dan Bahagian senggara Zon 2 serta wakil kontraktor KERAYONG INDAH ENTERPRISE En. Abdul Hafiz Bin Ansor.

Projek ini telah selesai perlaksanaanya pada 09 September 2020 dimana ia telah menepati tempoh perlaksanaan asal selama lima minggu bermula dari tarikh milik tapak pada 05 Ogos 2020. Selain itu, skop kerja yang terlibat dalam perlaksanaan projek ini merangkumi kerja-kerja membina built-in cabinet, pemasangan karpet, pemasangan roller blind, pemasangan LCD Projector & Motorised Screen dan Pemasangan Wall Paper baru. Tempoh DLP untuk projek ini adalah selama enam bulan selepas projek ini disiapkan.

 

Dengan itu, pihak JKR WPP ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kontraktor KERAYONG INDAH ENTERPRISE, kerana berjaya melaksanakan projek ini dengan sempurna dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pihak JKR WPP juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BHEUU kerana memberi kepercayaan sepenuhnya di atas kebolehan pihak JKR dalam melaksanakan projek ini.

Berita Disediakan Oleh

Nur Zairawani Binti Zainuddin

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

bottom of page