top of page
Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Kontrak FMM Lot 2G8

Tarikh : 02hb Sep 2020 (Rabu)

Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menyempurnakan sesi penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Dokumen Kontrak (2 dalam 1) bagi Kontrak Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan Di Kementerian Kewangan Malaysia, Blok 2M10 & 2M11 (Lot 2G8), Presint 2 Putrajaya Bagi Tahun 2020 Sehingga 2025. Ini sekaligus membuktikan JKR WP Putrajaya komited menyempurnakan dokumen kontrak sebelum kontrak bermula. Penyerahan 2 dalam 1 ini diserahkan kepada Kontraktor yang berjaya iaitu Mizura Sdn. Bhd. Kontrak ini akan bermula pada 15hb September 2020 dan tamat pada 14 September 2025.

Kontrak ini julung kalinya menggunakan Deposit Bon bagi kelayakan Kontraktor yang masuk. Justeru, kontrak ini juga menjadi tanda aras dan pemangkin kepada prestasi kontrak-kontrak baru yang akan menyusul selepas daripada kejayaan ini. Tahniah dan Syabas diucapkan.

Berita Disediakan Oleh:

NUR AFIQAH AMIRA BINTI ISMAIL

Bahagian Senggara Zon 2

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page