top of page
Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Dewan Kepada Taska

Tarikh : 03hb Januari 2019 (Khamis)

Majlis penyerahan projek cadangan penyiapan kerja-kerja menaiktaraf dewan kepada taska di bangunan MESTECC, aras 1, Blok C4, Kompleks C, Putrajaya.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Dato Ir Habbali bin Ibrahim, Pengarah JKR WP Putrajaya dan Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan MESTECC, pada 3 Januari 2019.

 

 

Diharapkan penyiapan taska ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak kakitangan MESTECC yang akan mula memasuki taska dalam masa terdekat.

 

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

bottom of page