top of page
Perhimpunan Bulanan JKR WP Putrajaya Bil.1/2018

Tarikh : 18 Januari 2018

Pada 18 Januari 2018 yang lepas, telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya Bil. 1/2018 yang diurusetiakan oleh kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKR WP Putrajaya) daripada Bahagian Senggara Zon 3 & Kejuruteraan Elektrik serta Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan. Perhimpunan ini telah diadakan di Ruang Legar Aras 3, JKR WP Putrajaya dan dimulai dengan sesi pendaftaran seawal jam 8.30 pagi.

 

Perhimpunan bulanan ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu Jabatan Perkhidmatan Awam, bacaan zikir Asma Ul-Husna dan diiringi dengan bacaan doa. Acara seterusnya adalah pengenalan kakitangan yang bertukar ke dalam serta bertukar keluar JKR WP Putrajaya.

 

Acara diteruskan dengan ucapan dan amanat tahun 2018 dari YBhg. Dato’ Ir. Haji Habbali bin Ibrahim, Pengarah JKR WP Putrajaya. Beliau telah melahirkan rasa gembira dan berpuas hati atas beberapa pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai oleh JKR WP Putrajaya sepanjang tahun 2017 antara lain seperti JKR WP Putrajaya telah menjuarai pertandingan KIK tahun 2017, menjadi rujukan EKSA bagi pejabat terbaik JKR lain. Beliau berharap agar warga JKR WP Putrajaya akan memperolehi lebih banyak pencapaian dan kejayaan dalam tahun 2018.

 

Perhimpunan diteruskan dengan taklimat Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan oleh Sr. Naeem bin Abu Bakar berkenaan dengan Pekeliling/Surat Arahan KPKR yang terkini. Kemudian diiikut dengan pembentangan oleh Encik Tan Yeong Yong daripada Bahagian Senggara Zon 3&Kejuruteraan Elektrik mengenai kaedah pelaporan secara pantas di tapak menggunapakai aplikasi yang telah diperkenalkan oleh Unit Perunding ICT, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR iaitu JKR Expre@s. Aplikasi tersebut juga dimuatnaik ke dalam website ini bersama dengan tatacara penggunaannya.

 

Seterusnya Tuan Haji Alias bin Ab. Kadir memberikan taklimat mengenai Persediaan Anugerah SOC Bagi Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Premis JKR 2018.

 

Acara terakhir adalah tayangan video mengenai Imbasan Pencapaian dan Aktiviti sepanjang tahun 2017 sebelum diakhiri dengan jamuan makan pada pukul 11.00 pagi.

 

 

Berita disediakan oleh :

  1. Bahagian Senggara Zon 3 & Kejuruteraan Elektrik

  2. Bahagian Kontrak & Ukur Bahan

bottom of page