top of page
Perhimpunan Bulanan JKR WP Putrajaya Bil.2 / 2018

Tarikh : 14 May 2018

           

            Pada 14 Mei 2018 yang lepas, telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya Bil. 2/2018. Urusetia yang terlibat pada kali ini adalah daripada Bahagian Pengurusan Projek dan Bahagian Arkitek. Perhimpunan ini telah diadakan di Ruang Legar Aras 3, JKR WP Putrajaya. Aturcara majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi untuk sessi pendaftaran dan seterusnya acara ini dimulakan pada jam 9.00 pagi.

  

            Perhimpunan bulanan ini dimulakan dengan Taklimat Keselamatan dan diikuti nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu Jabatan Perkhidmatan Awam, bacaan zikir Asma Ul-Husna, nyanyian lagu WARISAN dan diiringi dengan bacaan doa. Acara seterusnya adalah pengenalan kakitangan yang bertukar masuk, bertukar keluar dan bersara JKR WP Putrajaya.

 

            Acara diteruskan dengan ucapan dari YBhg. Dato’ Ir. Haji Habbali bin Ibrahim, selaku Pengarah JKR WP Putrajaya. YBhg. Dato’ Ir mengucapkan tahniah kepada peserta pameran 29th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX’18) yang berlangsung selama 3 hari bermula 10 Mei hingga 12 Mei 2018 bertempat di KLCC, yang mana JKR WPP telah melakar kejayaan di persada antarabangsa dengan merangkul Anugerah Pingat Emas.

 

            Perhimpunan diteruskan dengan taklimat Augmated Reality yang disampaikan oleh En. Rozahan daripada Bahagian Arkitek. Seterusnya aturcara majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Lahir pegawai dan kakitangan JKR WP Putrajaya daripada bulan Januari sehingga April 2018. Majlis diakhiri dengan jamuan makan pada pukul 10.00 pagi.

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Pengurusan Projek

JKR WP Putrajaya

bottom of page