top of page
Perhimpunan Pagi Bil 3/2019 JKR WP Putrajaya

Tarikh : 10hb Sep 2019 (Selasa)

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan Perhimpunan Pagi Bil. 3/2019 pada 10 September 2019 (Selasa) bertemakan ‘PERPADUAN TUNJANG KEMERDEKAAN’ yang dianjur dan diuruskan oleh gabungan antara Bahagian Arkitek dan Bahagian Senggara Zon 3. Perhimpunan ini telah diadakan di ruang legar Aras 3, JKR WP Putrajaya. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan majlis berlangsung pada jam 9.00 pagi.

 

Perhimpunan pagi telah dimulakan dengan bacaan doa kemudian disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Perkhidmatan Awam, lagu Malaysia Bersih dan bacaan zikir Asma ulhusna. Acara seterusnya adalah bacaan ikrar penjawat awam yang telah dipimpin oleh Encik Saiful Hazri bin Haruddin dari Bahagian Senggara Zon 3.

 

Acara diteruskan lagi dengan ucapan daripada Y.Bhg. Dato’ Ir. Habbali Bin Ibrahim selaku Pengarah JKR WP Putrajaya. Beliau telah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga kerja JKR WP Putrajaya kerana telah memberikan kerjasama yang mantap dan terbaik dalam pencapaian dan anugerah yang telah diterima oleh Jabatan ini. Y.Bhg. Dato’ Pengarah juga mengingatkan semua kakitangan JKR W.P. Putrajaya agar menjaga keharmonian antara kaum dan mengelakkan penyebaran berita yang sensitif dan tidak sahih yang dikhuatiri boleh menjejaskan imej dan nama baik jabatan.

 

Simbolik bagi acara perhimpunan pagi dimulakan dengan tayangan montaj dengan tema “Kemerdekaan” dan perarakan masuk bendera Malaysia oleh wakil Zon 3 kepada Puan Nazliah bt Salleh sebelum diserahkan kepada Y.Bhg. Dato’ Pengarah JKRWPP. Seterusnya disusuli dengan upacara memotong kek Jalus Gemilang sebagai upacara perasmian bulan kemerdekaan peringkat JKR WP Putrajaya.

 

Seterusnya sesi perkongsian ilmu, pembentangan daripada Bahagian Senggara Zon 3 dengan tajuknya Government Building Schedule Maintenance Guideline “GBSMG” yang dibentangkan oleh Puan Yusnizah bt Mohd Kusnin, Jurutera Awam Kanan Gred J48.

 

Diteruskan lagi dengan persembahan daripada Bahagian Arkitek (Puan Hatifah bt Mohamed, Encik Mohd Reezam bin Ibrahim, dan Encik Syahir bin Samsuri) iaitu mendeklamasikan Sajak yang bertajuk “PERPADUAN TUNJANG KEMERDEKAAN” dan persembahan Koir oleh gabungan Bahagian Senggara Zon 3 dan Bahagian Arkitek dengan lagu bertajuk Warisan dan Keranamu Malaysia. Sesi pengenalan warga kerja baru yang bertugas di JKR WP Putrajaya, dan diikuti dengan penyampaian cenderahati buat warga kerja yang bertukar keluar. Sesi penyampaian cenderahati kepada warga kerja JKR yang berkahwin dan sumbangan kepada warga kerja yang diduga kesihatan. Acara dilanjutkan lagi dengan penyampaian cenderahati bagi warga kerja JKR WP Putrajaya yang lahir pada bulan Julai hingga September. Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman, bergambar bersama Pengarah dan menjamu selera.

Berita Disediakan Oleh

Nor Siti Aisyah

Bahagian Arkitek

JKR WP Putrajaya

bottom of page