top of page
Program Mesyuarat Project Lesson Learned dan Mesyuarat Starter Kit

Tarikh : 26hb Ogos 2019 (Isnin)

Bahagian Pengurusan Strategik & Intervensi telah menganjurkan satu Program Mesyuarat Project Lesson Learned dan Mesyuarat Starter Kits di JKR Timur Tengah, Pulau Pinang. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 23 hingga 25 oktober 2019. Seramai 28 orang peserta yang terlibat, terdiri daripada kumpulan professional dan sokongan serta 2 orang fasilitator ECKM (Enterprise Content Knowledge Management) dari CPAB; Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu JKR Malaysia.

 

Tujuan mesyuarat Project Lesson Learned ini diadakan adalah untuk memperkenalkan project lesson learned (PLL) dan proses yang terlibat kepada kakitangan bagi memastikan semua kumpulan sasaran memahami keperluan project lesson learned (PLL). Selain itu, mesyuarat lesson learned ini juga membincangkan pengalaman dan penemuan untuk di dokumenkan serta membentangkan hasil laporan yang terlibat bagi memastikan KPI tercapai dan mewujudkan perkongsian ilmu.

 

Manakala mesyuarat Starter Kit pula adalah bagi tujuan penyediaan buku pemula maklumat asas berkenaan tugas dan fungsi yang terdapat di JKR WP Putrajaya (JKR WPP) terutamanya berkaitan bisnes utama yang meliputi pengurusan selenggara bangunan & kuarters Kerajaan di Putrajaya sebagai rujukan buat kakitangan baru yang ditempatkan di JKR WPP.

  

Hasil daripada mesyuarat project lesson learned ini akan di dokumenkan serta dimuat naik ke J-Pedia sebagai rujukan pihak JKR, selain itu ia melengkapkan KPI Pelan Bisnes Jabatan bagi Tema 1 dan Tema 5. Manakala dokumen bagi starter kit pula akan dimuat naik pada laman web rasmi JKR WPP, dicetak serta diedarkan buat rujukan kakitangan JKR WPP.

 

Justeru itu dengan adanya mesyuarat dan bengkel seperti ini dapat memastikan Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya terus berkembang dengan lebih baik untuk rujukan di masa hadapan.

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page