top of page
Program Kepimpinan Dan Motivasi JKR WP Putrajaya

Tarikh : 21hb Julai 2020 (Selasa)

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan satu program kepimpinan dan motivasi anjuran Bahagian Penyelarasan & Khidmat Sokongan (BPKS) pada 21hb Julai 2020 bertempat di JKR WP Putrajaya, Bilik Latihan, aras 3.

Program ini melibatkan seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada semua bahagian kakitangan JKR WP Putrajaya. Motivator jemputan merupakan pegawai Cawangan Pengurusan Psikologi, Kementerian Kerja Raya iaitu En. Aswandi bin Omar.

Objektif program diadakan bagi tujuan meningkatkan motivasi diri dan semangat bekerja dikalangan kakitangan Jabatan dalam memastikan perkhidmatan yang terbaik selepas tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).

Terima kasih diucapkan buat En. Aswandi bin Omar diatas segala ilmu dan tips yang diberikan semoga ia memberi manfaat buat semua peserta yang terlibat.

Berita Disediakan Oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page