top of page
Penyerahan Projek Cadangan Pembaikan Bilik Latihan Center Of Excellence (COE) Jabatan Imigresen Malaysia Serta Kerja-kerja Berkaitan Di aras 1, LOT 2G4 (MENARA), Putrajaya

Tarikh : 25hb Nov 2020 (Rabu)

Penyerahan projek ini oleh YBrs Ir Anita Bin Mohamed Shafie Pengarah JKR WP Putrajaya kepada Yang Berbahagia Dato’ Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Pengarah ( Pengurusan) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Projek ini telah selesai pelaksanaannya pada 18 November 2020  menepati tempoh pelaksanaan selama  11 minggu, projek bermula dari tarikh milik tapak pada 1 September  2020.

JKR WP Putrajaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pelanggan iaitu pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan juga Bahagian Pengurusan Projek, HODT Arkitek, Ukur Bahan, Mekanikal dan Elektrikal atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan projek ini.

 

Semoga prestasi seperti ini dapat diteruskan dan mudah-mudahan dapat bekerjasama lagi di masa yang akan datang.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

bottom of page