top of page
Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Pembaikan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1)

Tarikh : 16hb Okt 2019 (Rabu)

Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja-Kerja Pembaikan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9(1) Di Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Pihak Sekolah tersebut telah diadakan pada 16 Oktober 2019 dan disempurnakan oleh YBhg Dato Pengarah JKR WPP, Dato’ Ir. Hj. Habbali Bin Ibrahim kepada Encik Ridzuan Bin Ismail, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan WPP.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil SMK PP9(1), Pengetua Sekolah, Puan Rogayah Binti Talib, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Rozali Bin Rajab. Juga, wakil dari JKR WPP, iaitu Ir. Ibtisham Bin L.Saleh dan Ir. Azlan Bin Mohd Anwar dan Wakil kontraktor AZ Azira Enterprise, Encik Mohamad Harizduan Bin Mohamed Hassan.

 

Projek ini telah selesai perlaksanaanya pada 16 September 2019 dimana ia telah menepati tempoh perlaksanaan asal selama lapan minggu bermula dari tarikh milik tapak pada 23 Julai 2019. Selain itu, skop kerja yang terlibat dalam perlaksanaan projek ini merangkumi kerja-kerja pembaikan astaka dan infrastruktur berkaitan, pembinaan longkang di kawasan tepi padang, penggantian dan baikpulih struktur bumbung, gutter, siling, pembaikan tandas serta beberapa kerja elektrikal seperti pendawaian semula dan penggantian lampu. Tempoh DLP untuk projek ini adalah selama enam bulan selepas projek ini disiapkan.

 

Dengan itu, pihak JKR WPP ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kontraktor, AZ Azira Enterprise kerana berjaya melaksanakan projek ini dengan sempurna dalam tempoh yang telah ditetapkkan. Pihak JKR juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPWPP kerana memberi kepercayaan sepenuhnya di atas kebolehan pihak JKR dalam melaksanakan projek ini.

Berita Disediakan Oleh

Rosleen Bin Kasim

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

bottom of page