top of page
Majlis Penyerahan Projek Cadangan Ubahsuai Tandas Di Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPPH, Aras 9, Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Malaysia, Lot 2G8 (2M11), Putrajaya.

Tarikh : 13hb Mac 2020 (Jumaat)

Satu majlis penyerahan Projek Cadangan Ubahsuai Tandas Di Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPPH, Aras 9, Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Malaysia, Lot 2G8 (2M11), Putrajaya telah diadakan dengan jayanya di bilik mesyuarat utama,aras 9, Ibu Pejabat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

 

Majlis dihadiri oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Sr Haji Mohd Khairudin Bin Abdul Halim, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik), Sr Abdul Razak Bin Yusak, Timbalan Pengarah JKR WPP, Ir. Ibtisham Bin L. Saleh, ketua-ketua bahagian,  pihak kontraktor Adnan Enterprise dan juga kakitangan-kakitangan JKR WPP dan JPPH Malaysia yang terlibat dengan penyiapan projek ini.

 

Majlis didahului dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Rizal bin Ahmad Salleh dan diacarakan oleh En. Noor Azizi Bin Arifindi.

 

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah JKR WPP. Pihak JKR WPP mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penyiapan projek ini terutama kepada pihak kontraktor Adnan Enterprise kerana berjaya menyiapkan projek ini mengikut masa yang ditetapkan serta berkualiti. Pihak JKR WPP juga mengucapkan terima kasih kepada pihak JPPH kerana memberi kepercayaan serta kerjasama dalam penyiapan projek ini.

 

Acara diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Pengarah JPPH. Pihak JPPH mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak JKR WPP dan kontraktor Adnan Enterprise kerana memberi kesungguhan yang tinggi dan kualiti pembinaan yang memuaskan serta siap dalam tempoh yang ditetapkan. Pihak JPPH mengharapkan agar kerjasama antara JKR WPP dan JPPH dapat diteruskan kemudian hari.

 

Acara diteruskan dengan menandatangani borang penyerahan projek oleh JKR WPP kepada JPPH dan penyampaian cenderamata oleh pihak JKR WPP kepada JPPH serta penyampaian cenderamata oleh pihak JPPH kepada JKR WPP dan Kontraktor Adnan Enterprise.

 

Acara diteruskan dengan sesi bergambar dan jamuan makan serta lawatan tapak projek.

 

Majlis bersurai pada jam 4.30 petang.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page