top of page
Majlis Sambutan Hari Lahir Ketua Jurutera Elektrik Dan Majlis  Perpisahan Pegawai Bahagian Senggara Zon 3/ Kejuruteraan Elektrik

Tarikh : 16 April 2018

Pada 16 April 2018 (Isnin), satu Majlis Sambutan Hari Lahir Ketua Jurutera Elektrik dan Majlis Perpisahan Pegawai Bahagian Senggara Zon 3 & Kejuruteraan Elektrik telah diadakan bertempat di Bilik Bincang Wira, Aras 2, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Majlis ini diadakan bagi meraikan Ir. Shamsuriee bin Sulaiman yang akan menyambut hari kelahirannya pada 18 April 2018. Semoga Allah S.W.T panjangkan umur Tuan KJE. Majlis ini juga diadakan bersempena pertukaran dalaman Sr. Salizah binti Selamat ke Bahagian Senggara Kuarters berkuatkuasa pada 16 April 2018 dan selamat maju jaya diucapkan kepada Sr. Salizah.

 

Dalam masa yang sama majlis ini diadakan serentak dengan Mesyuarat Unit Senggara Zon 3 bagi membincangkan isu-isu penyenggaraan bangunaan dibawah seliaan zon ini.

Berita disediakan oleh:

Bahagian Senggara Zon 3

JKR WP Putrajaya

bottom of page