top of page
Kursus Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Senggara JKR WP Putrajaya

Tarikh : 29hb Sep 2020 (Selasa)

Pada 29 September 2020 (Selasa) Kursus Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Senggara JKR WP Putrajaya telah diadakan bertempat di Bilik Taklimat Jabatan aras 3, JKR WP Putrajaya melibatkan seramai 32 orang kakitangan daripada semua bahagian senggara JKRWPP.

Kursus ini disampaikan oleh penceramah dalaman JKRWPP iaitu En. Abdul Nizam bin Abdullah Sani, Juruukur Bangunan. Objektif kursus ini diadakan bertujuan meningkatkan pemahaman peserta akan prosedur kerja serta borang-borang terkini yang terdapat dalam SPB dan TPATA bagi persediaan audit terutamanya kepada kakitangan baru.​

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page