top of page
Majlis Penyerahan SST Bagi Kontrak Pengurusan Fasiliti Dan Penyelenggaraan Di Lot 4G3 dan Lot 4G4, Presint 4, Putrajaya.

Tarikh : 14hb Jan 2020 (Selasa)

Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) melibatkan 3 kontrak baru telah diadakan pada hari Selasa, 14 Januari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya:

 

1) Kontrak Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan Di Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Di Lot 4G4, Presint 4 Putrajaya Bagi Tahun 2020 Sehingga 2025 (Housekeeping & Pest Control).

 

2) Kontrak Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan Di Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Di Lot 4G4, Presint 4 Putrajaya Bagi Tahun 2020 Sehingga 2025.

 

3) Kontrak Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan Di Kementerian Air, Tanah Dan sumber Asli (KATS) Di Lot 4G3, Presint 4 Putrajaya Bagi Tahun 2020 Sehingga 2025.


Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JKR WPP, Ybrs. Ir. Ibtisham Bin L. Saleh kepada kontraktor yang berjaya iaitu:-

 

a)  D’ Intan Trade Sdn Bhd – Kontrak Housekeeping & Pest Control di Lot 4G4.

b)  Pantai Jeram (M) Sdn Bhd – Kontrak FM di Lot 4G4.

c)  Usaha Delima Resources Sdn Bhd – Kontrak FM di Lot 4G3.

 

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Senggara Zon 3

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page