top of page
Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Dokumen Kontrak (2 Dalam 1) Bagi Projek Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan Di Jabatan Peguam Negara (Lot 4G7), Presint 4, Putrajaya Bagi Tahun 2019 Sehingga 2024

Tarikh : 31hb Mei 2019 (Jumaat)

Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Dokumen Kontrak (2 dalam 1) Bagi Kontrak Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan di Jabatan Peguam Negara (Lot 4G7), Presint 4, Putrajaya Bagi Tahun 2019 sehingga 2024 telah diadakan pada hari Jumaat, 31 Mei 2019 di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah JKR WPP iaitu Dato’ Ir. Hj. Habbali Bin Ibrahim  kepada kontraktor yang berjaya iaitu Abad Kenanga Sdn Bhd. Kontrak Pengurusan Fasiliti ini mengambil tempoh 5 tahun yang akan bermula pada 15 Jun 2019 sehingga 14 Jun 2024. Pegawai Penguasa Fasiliti adalah Pengarah JKR WPP dan Wakil Pegawai Penguasa Fasiliti  ialah Ketua Jurutera Elektrik Zon 3.

Berita Disediakan Oleh:

Zakiah Binti Klewan

Juruukur Bahan Kanan

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan (BKUB)

JKR WP Putrajaya

bottom of page