top of page
Taklimat Kelengkapan Sanitari Tandas

Tarikh : 26hb Mac 2021 (Jumaat)

 

Bahagian Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) JKR WP Putrajaya telah mengadakan taklimat produk dengan kerjasama syarikat Roca Malaysia Sdn. Bhd. yang berlangsung di Bilik Taklimat Jabatan Aras 3, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 34 orang staff dan kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menghadiri taklimat ini.


Objektif utama taklimat ini adalah untuk memperkenalkan produk keluaran Roca Malaysia Sdn. Bhd. seperti kelengkapan tandas. Roca Malaysia sdn. Bhd. memperkenalkan rekaan eksklusif dalam inovasi tandas untuk meningkatkan keselesaan pengguna melalui kombinasi elemen fleksibiliti dan kesesuaian yang maksimum.


Sesi pendaftaran peserta telah bermula seawal jam 8.45 pagi. Pembentangan Syarikat telah disampaikan oleh Puan Hiryanti Mohamad selaku Assistant Sales Manager, Encik Nor Fasdeli B Jaafar dan Cik Phoebe Kwan selaku Sales Manager. Selain itu, bagi memastikan kakitangan JKR WP Putrajaya memperolehi maklumat tambahan, pihak Roca Malaysia sdn. Bhd juga turut membawa sampel-sampel bahan produk berkaitan untuk dipamerkan dan telah memberikan keterangan yang jelas berkaitan setiap produk.


JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat menghargai jasa baik Roca Malaysia Sdn. Bhd. Kerana sudi memberi taklimat dan info yang bermanfaat kepada kakitangan WP Putrajaya.

 

Berita disediakan oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page