top of page
Taklimat Asas Penilaian Prestasi Dan Penarafan Bangunan (BPA)

Tarikh : 18hb Mac 2021 (Khamis)

 

Bahagian Bangunan Kerajaan 2 (BBK2) JKRWPP dengan kerjasama Bahagian Perundingan Pengurusan Aset BPPA, CPAB Ibu pejabat JKR Malaysia telah mengadakan satu Taklimat Penilaian Prestasi Dan Penarafan Bangunan (BPA) bertempat di Bilik Latihan, Aras 3, JKR WP Putrajaya.

Taklimat ini disampaikan oleh Ir. Ts. Salawati Binti Sallan, daripada BPPA, CPAB Ibu pejabat JKR Malaysia manakala turut serta dalam taklimat ini adalah kontraktor dan pegawai JKRWPP yang menyelia senggara bangunan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) lot 2G2.

Tahun ini 2021 JKRWPP telah mencalonkan bangunan Kementerian Kewangan Malaysia lot 2G2 bagi penilaian penarafan Building Performance Assessment (BPA). Objektif utama BPA dilaksanakan adalah bertujuan mengenal pasti tahap prestasi bangunan Kerajaan bagi menentukan tindakan susulan yang berkaitan oleh Kementerian, Jabatan atau agensi dan memberi penarafan kepada bangunan tersebut berdasarkan tahap prestasi.

Penilaian dibuat berdasarkan 5 parameter terdiri daripada keadaan fizikal, kecekapan operasi, penggunaan ruang, kelestarian dan nilai aset yang mana membawa skor kepada 100%. Perlaksanaan penarafan Building Performance Assessment (BPA) dapat menjamin aset Kerajaan sentiasa baik dan berfungsi selain itu dapat mengoptimumkan jangka hayat aset dan mendokong core business Kerajaan, Jabatan atau agensi.

 

Berita disediakan oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page