top of page
Taklimat ‘Effect Of Building Defect And Remedies On Building Defects’

Tarikh : 21hb Feb 2020 (Jumaat)

Satu sesi taklimat berkenaan ‘Effect Of Building Defect And Remedies On Building Defects’ dengan kerjasama di antara Bahagian Senggara Zon 3, JKR WP Putrajaya dan Kontraktor KCJ Engineering Sdn. Bhd telah di adakan di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP).

 

Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah Ir. Dr. Mohd Farid Ahmad Bin Ahmad@Majid, dari syarikat Farid Ahmad Consulting Engineers (FACE) yang merupakan perunding struktur bagi kerja bangunan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA).

 

Seramai 60 orang kakitangan JKR WP Putrajaya dan kakitangan KCJ Engineering telah turut hadir menyertai taklimat ini. Objektif taklimat ini adalah memberi pendedahan dan pengetahuan lebih mendalam lagi mengenai structure integrity dan kerosakan kepada bangunan sekiranya kerja pembaikan tidak dijalankan.

 

Majlis diakhiri dengan ucapan Pn. Yusnizah binti Mohd Kusnin, Jurutera Awam Kanan (JAK) dari Bahagian Senggara Zon 3 selaku penasihat dan sumbangan cenderahati kepada penceramah turut disampaikan. Terima kasih tidak terhingga kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat sepanjang penganjuran taklimat ini berlangsung. Semoga semua peserta mendapat manfaat dan dapat digunapakai dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.​

Berita Disediakan Oleh:

KHAIRUL HUDA MALEK

Urus Setia

Jurutera Awam Zon 3

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page