top of page
Taklimat Isu-Isu Perundangan & Amalan Terbaik Dalam Perolehan
Dan Pentadbiran Kontrak FM

Tarikh : 04hb Mac 2019 (Isnin)

Kontrak Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan (Kontrak FM) merupakan skop utama di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKR WPP). Sehubungan itu, Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan JKR WPP telah menganjurkan satu taklimat bertajuk Isu-Isu Perundangan & Amalan Terbaik Dalam Perolehan Dan Pentadbiran Kontrak FM selama 2 hari iaitu pada 1 dan 4 Mac 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JKR WP Putrajaya.  Taklimat ini disampaikan oleh Sr. Amran Bin Mohd Majid, Pengarah Kejuruteraan Adjudikasi / Jusa C dari Cawangan Kontrak & Ukur Bahan.

Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam terhadap Syarat-syarat Kontrak PWD Facilities Management & Maintenance Form (2016) kepada pegawai-pegawai di JKR WPP. Selain itu, taklimat ini juga membolehkan pegawai-pegawai memahami isu-isu dan permasalahan di dalam Kontrak FM dan seterusnya dapat menangani isu-isu dan masalah tersebut dengan sewajarnya.

Berita Disediakan Oleh:

Pn. Athirah Binti Hamid

Juruukur Bahan J41

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan

JKR WP Putrajaya

bottom of page