top of page
Program Taklimat Kesihatan Dan Solusi

Tarikh : 06 April 2018

Pada 6 April 2018 (Jumaat), Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) JKR WP Putrajaya telah mengadakan Program Taklimat Kesihatan Dan Solusi bertempat di Bilik Taklimat Tender Aras 1 JKR WP Putrajaya yang dihadiri oleh warga kerja JKR WP Putrajaya dan turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini ialah Timbalan Pengarah, Ir. En. Syed Jaafar Idid Bin Syed Abdyllah Idid. 

 

Taklimat ini telah di sampaikan oleh wakil daripada HN Health Solution iaitu En. Husayn Bin Ithnin dan wakil daripada Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK Malaysia) iaitu En. Nasaruddin Bin AB Aziz.

Modul taklimat daripada wakil HN Health Solution berkaitan "The Importance Of PH (potential Of Hydrogen) Balancing (BM)". Para peserta yang hadir di beri pendedahan berkenaan penyakit kritikal masa kini, mengupas tentang punca penyakit merebak dan kepentingan utama penjagaan dalam mencegah penyakit untuk amalan gaya hidup sihat.

 

Menurut En. Husayn Bin Ithnin, masalah penyakit kritikal seperti kanser, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya yang pada suatu masa dulu amat jarang sekali dihidapi oleh rakyat Malaysia yang mana pada hari ini sudah menjadi perkara biasa pada orang dewasa malah turut dihidapi oleh kanak-kanak serta bayi dan keadaan ini amat merungsingkan. Antara faktor yang memainkan peranan penting dalam masalah ini ialah amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, terdapat lebih kurang 16.8 juta rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti yang mana 15% terdiri daripada kanak-kanak berdasarkan kajian National Diabeties Malaysia Institute (NADI) pada 2016, kini Malaysia merupakan negara yang mengalami masalah obesiti tertinggi di Asia Tenggara. 

 

Tambahan beliau, penggunaan gadjet elektronik seperti handphone juga membuatkan masyarakat hari ini hidup dalam alam maya mengakibatkan mereka kurang berinteraksi , bersosial secara fizikal dan beriadah. Hampir setiap orang yang mempunyai gadget menghabiskan waktu mereka dalam sehari untuk gadget, dan menurut kajian sekurang-kurangnya 4 jam sehari masa dihabiskan pada media sosial seperti Facebook menerusi handphone. Pada peringkat awal usia kanak-kanak mereka sudah diberi gadjet terutamanya handphone, tanpa disedari amalan ini telah menggangu kesihatan dan mengakibatkan masalah struktur tulang, merosakan mata dan pendengaran, tidur yang tidak cukup, gangguan tekanan (stress) dan sifat agresif tidak terkawal.

 

Seterusnya beliau menerangkan kaedah untuk mengenal simptom-simptom penyakit kronik, sistem imuni yang terdapat dalam badan manusia,  dan cara amalan gaya hidup yang sihat serta keperluan keseimbangan nilai PH secara semulajadi melalui pemakanan bagi membantu sistem imuni badan.

 

Taklimat diakhiri oleh wakil MAKSAK dalam memberi maklumat kepada para seserta program mengenai kebaikan serta kepentingan skim perlindungan kesihatan dan insurans terutama apabila berlaku kejadian yang tidak disangka seperti kemalangan, penyakit kritikal, kematian dan sebagainya. Ia sedikit sebanyak dapat membantu aspek kebajikan dan melindungi anggota Perkhidmatan Awam serta keluarga mereka apabila berlaku kejadian yang tidak diingini.

 

Program Taklimat Kesihatan Dan Solusi anjuran UPSi ini telah berlangsung dengan baik selama 2 jam bermula jam 10.00 pagi sehingga 12 tengah hari.

Berita disediakan oleh:
 

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR W.P Putrajaya

bottom of page