top of page
Taklimat Dan Pembentangan Cadangan Pencahayaan Lampu
Untuk Sambutan Ambang Merdeka

Tarikh : 13 Julai 2018 (Jumaat)

Satu Taklimat Dan Pembentangan Cadangan Pencahayaan Lampu Untuk Sambutan Ambang Merdeka telah diadakan dan disampaikan oleh pihak Oversea Lighting & Electric (M) Sdn. Bhd. bertempat di Bilik Taklimat Tender, Aras 1, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sesi pendaftaran peserta telah bermula seawal jam 8.30 pagi.

 

Taklimat dan pembentangan ini bertujuan bagi memberi cadangan bagi mengatasi masalah lampu fasad yang terjadi pada bangunan-bangunan sedia ada. Taklimat ini juga melibatkan produk-produk yang ingin diperkenalkan oleh pihak Oversea Lighting & Electric (M) Sdn. Bhd. Antara bangunan yang terlibat ialah seperti berikut:

 

  1. Menara Seri Wilayah (Lot 2C1),

  2. Jabatan Akauntan Negara Malaysia & Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Lot 2G1),

  3. Kementerian Kewangan Malaysia (Lot 2G2),

  4. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (Lot 2G3),

  5. Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Jabatan Imigresen Malaysia, & Jabatan Audit Negara (Lot 2G4),

  6. Jabatan Pendaftaran Negara (Lot 2G5),

  7. Menara Usahawan (Lot 2G6),

  8. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam & Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (Lot 2G8),

  9. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (Lot 3G1),

  10. Istana Kehakiman (Lot 3G3),

  11. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (Lot 4G10), dan

  12. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (Lot 4G11).

 

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat menghargai usaha baik pihak Oversea Lighting & Electric (M) Sdn. Bhd. kerana sudi memberi taklimat dan pembentangan yang bermanfaat kepada bangunan-bangunan kerajaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Berita Disediakan Oleh

Bahagaian Selenggara Zon 2

JKR W.P. Putrajaya.

bottom of page