top of page
Taklimat Kawalan Serangga Perosak

Tarikh : 02 March 2018

Pada 2hb Mac 2018, pihak Bahagian Senggara Kuarters JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menganjurkan taklimat produk berkaitan Kawalan Serangga Perosak.

 

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Mizan bin Pendek dan Encik Khalid bin Muhammad Salleh, wakil daripada Fendy Professional Pest Control Sdn. Bhd.

 

Taklimat tersebut telah berlangsung selama 2 jam bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, JKR Putrajaya.  Taklimat ini telah dihadiri seramai 50 orang kakitangan daripada semua bahagian/unit.

Berita disediakan oleh:


Bahagian Senggara Kuarters
JKR WP Putrajaya

bottom of page