top of page
Taklimat Produk Waterproofing

Tarikh : 01 March 2018

Satu taklimat produk berkaitan bahan lapisan kalis air (waterproofing) telah diadakan dan disampaikan oleh pihak Hitchins bertempat di Bilik Taklimat Tender Aras 1 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. ​Sesi pendaftaran peserta telah bermula seawal jam 9.30 pagi.

 

Taklimat ini adalah bertujuan bagi memberi penerangan berkenaan dengan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan masalah yang timbul pada bangunan-bangunan sedia ada serta kaedah pembaikan yang bersesuaian dengan situasi kerosakan atau kecacatan.  Taklimat juga menjurus kepada penerangan produk-produk yang ingin diperkenalkan oleh pihak Hitchins dalam membantu mengatasi masalah kecacatan lapisan kalis air.

 

​JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat menghargai usaha baik pihak Hitchins kerana sudi memberi taklimat yang bermanfaat kepada bangunan kerajaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Bahagian Unik Pengurusan Strategik & Intervensi
JKR WP Putrajaya

bottom of page