top of page
Taklimat Toilet Quality Management System

Tarikh : 14hb Feb 2020 (Jumaat)

Satu sesi taklimat mengenai TOILET QUALITY MANAGEMENT SYSTEM telah diadakan pada 14 Februari 2020, seramai 10 kakitangan Bahagian Senggara Zon 3 JKR WP Putrajaya yang diketuai oleh Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (JEPK) iaitu En. Asha’ari bin Hj.Hasan bersama wakil dari Ibu Pejabat JKR Bahagian Pengurusan Prestasi & Inovasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik iaitu Ir. Dr. Megat Zuhairy bin Megat Tajuddin. Turut menyertai taklimat ini adalah wakil pengurusan Masjid Putra, wakil kontraktor FM Masjid Putra dan juga wakil kontraktor FM Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.Taklimat ini disampaikan oleh wakil dari VectoLabs iaitu Encik Muhammad Ikhwan Ayub. VectoLabs adalah sebuah syarikat bumiputera yang terletak di Cyberjaya yang menghasilkan produk elektrik dan elektronik. Produk dari Vectolabs juga diguna pakai dari syarikat luar negara antaranya adalah Jepun dan Kanada.

 

Pihak VectoLabs memperkenalkan satu produk sensor pengesan bau dan kebersihan tandas untuk membantu Masjid dari segi kepuasan dan kebersihan tandas. Menurut cadangan yang dibentangkan oleh pihak VectoLabs, satu prototype tablet akan dipasangkan di dalam tandas. Tablet tersebut berfungsi sebagai satu peralatan yang menentukan kepuasan pengguna tandas dimana tablet ini dilengkapi dengan butang penunjuk (indicator button). Pihak VectoLabs menerangkan bahawa jika salah satu butang tersebut ditekan oleh pengguna, cleaner yang ditugaskan akan dimaklumkan melalui aplikasi telegram bahawa terdapat aduan pada tandas tersebut. Di samping itu, produk ini juga dilengkapi dengan traffic counter, toilet environment sensor, fragrance spray dan BLE tag yang mempunyai fungsinya yang tersendiri antaranya sensor tersebut akan apabila mengesan gas ammonia dan H2S. Kajian ini telah berjaya dilaksanakan di Hospital Kajang.

Hasil daripada taklimat, pihak Masjid Putra bersetuju dengan cadangan untuk memasang sensor tersebut di tandas yang terdapat di Masjid Putra untuk meningkatkan lagi kepuasan pengguna selama 3 bulan bagi tempoh percubaan.

 

Taklimat tersebut diteruskan dengan sesi perbincangan dan soal jawab mengenai isu dan masalah yang sering berlaku di tandas-tandas Masjid dan penerangan yang lebih terperinci mengenai produk dari segi spesifikasi, harga dan keberkesanan produk

 

Akhir kata, JEPK merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada wakil Ibu Pejabat JKR Bahagian Pengurusan Prestasi & Inovasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan VectoLabs di atas kesudian memberikan taklimat mengenai produk tersebut.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Senggara Zon 3

JKR WP Putrajaya

bottom of page