top of page
Majlis Penyerahan Kerja-Kerja Ubahsuai Ruang Pejabat Di Aras 3, Jabatan Perikanan Malaysia, Lot 4G2, Wisma Tani, WP Putrajaya.

Tarikh : 19hb Dis 2019 (Khamis)

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan Majlis Penyerahan Kerja-Kerja Ubahsuai Ruang Pejabat Di Aras 3, Jabatan Perikanan Malaysia , Lot 4G2, Wisma Tani, WP Putrajaya pada 19hb Disember 2019 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Aras 3, Jabatan Perikanan Malaysia. Majlis dihadiri oleh Yang Berusaha Ir. Hj. Ibtisham Bin L. Saleh selaku Timbalan Pengarah JKR WP Putrajaya, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Bah Piyan Tan selaku Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Sufian Bin Sulaiman selaku Pengarah Kanan Bahagian Taman Laut & Pengurusan Sumber serta Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Perikanan. Majlis mula berlansung pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

 

Skop kerja yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini merangkumi kerja-kerja ubahsuai bilik pegawai 41/44, pendawaian semula elektrik dan balancing aircond. Pihak pelanggan amat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilaksanakan. Tempoh Tanggunggan Kecacatan ialah selama 6 bulan.

 

Timbalan Pengarah JKR WP Putrajaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pelanggan iaitu Jabatan Perikanan dan juga Bahagian Pengurusan Projek, HODT Arkitek, Mekanikal Dan Elektrikal atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan projek ini. Diharap agar prestasi seperti ini dapat diteruskan dan mudah-mudahan dapat berkerjasama lagi di masa yang akan datang.

 

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan tandatangan Perakuan Serahan Kerja Siap diantara Timbalan Pengarah JKR WP Putrajaya dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia.

 

Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan sesi bergambar antara pihak JKR WP Putrajaya, pihak Jabatan Perikanan, pihak kontraktor NES Maju Enterprise dan juga pihak-pihak yang bersama-sama menjayakan projek ini.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

bottom of page