top of page
Usrah Nurani - Program Mega Integriti Sempenan Maal Hijrah

Tarikh : 04hb September 2018 (Selasa)

Tanggal  4 September 2018, JKR W.P. Putrajaya telah menganjurkan Program Mega Integriti Sempenan Maal Hijrah berkonsepkan Usrah Nurani. Usrah Nurani yang bertajuk “Hijrah, Istiqamah atau Rebah” turut mendapat sambutan dengan penganjuran bersama oleh Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan JKR WPP, TH Properties Sdn. Bhd. dan KFM Solutions Sdn. Bhd.

 

Penyertaan program ini bukan sahaja disertai oleh warga JKR W.P. Putrajaya malah turut disertai oleh seluruh warga Kompleks C dan terbuka kepada agensi kerajaan, swasta serta badan berkanun di sekitar Putrajaya. Usrah Nurani ini juga turut dihadiri oleh wakil pegawai dari Cawangan Dasar Pengurusan Koprat dan Integriti.

 

Tujuan program ini adalah menyemarakkan program atau aktiviti di JKR Putrajaya dengan menjadikan program ini sebagai Program Mega pada tahun 2018. Program Mega ini mempersembahkan penceramah dan selebriti popular tanah air yang terkenal iaitu;

 ​

  • Naqeb - Al Fadhil Ustaz Zul Ramli

  • Rakan Usrah 1- Adeep Nahar (Naib Juara Gema Gegar Vaganza)

  • Rakan Usrah 2- Saudara Adam Corrie (Pelakon)

 

Program ini juga turut disiarkan secara langsung di FB Audiokuliah atau Live Kuliah FB bagi menyiarkan secara langsung program tersebut dengan tontonan sebanyak 2,312.

 

Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan sesi pendaftaran dan minum pagi oleh tetamu jemputan. Program Usrah Nurani bermula pada jam 9.30 pagi bermula dengan usrah sesi 1 dan diselangi oleh Soal Jawab serta Nyanyian lagu secara akustik oleh Rakan Usrah Adeep Nahar yang telah mendendangkan 2 buah lagu bertajuk “Izinkan” dan “Kekasih Awal Dan Akhir”.

 

Diharapkan penganjuran program Mega seumpama ini dapat dijalankan setiap tahun dalam meningkatkan tahap integriti, melahirkan keinsafan malah seterusnya meningkatkan imej integriti warga JKR W.P. Putrajaya.

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Pengurusan Projek

JKR W.P. Putrajaya.

bottom of page