top of page
Majlis Bacaan Surah Yassin dan Tahlil

Tarikh : 14hb Disember 2018 (Jumaat)

Pada tarikh 14 Disember 2018 (Jumaat) JKR WP Putrajaya telah mengadakan majlis kerohanian bacaan surah Yassin dan tahlil bertempat di bilik mesyuarat utama. Majlis ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Ir. Dato' Hj. Habbali bin Ibrahim selaku Pengarah JKR WP Putrajaya.

 

Majlis bacaan surah Yassin dan tahlil ini dipimpin oleh En.Jefri bin Barodzah daripada Bahagian Pengurusan Korporat adalah bagi doa selamat dan tahlil buat pemergian anak kepada Pn. Nurul Farhana Bt. Mohamad Fazil (Bahagian Senggara Zon 1) dan Allahyarhamah Pn. Nazirah binti Ibrahim (UPSi).

 

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page