

Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

Pemantauan ISO 9001:2015 Bagi Tahun 2019 Oleh SIRIM














Tarikh : 13hb Nov 2019 (Rabu)
Audit Pemantauan sistem pengurusan kualiti organisasi (ISO 9001:2015) telah diadakan oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd bermula 12hb hingga 13hb November 2019. Audit ini bertujuan bagi menilai pematuhan yang berterusan sistem pengurusan organisasi terhadap keperluan-keperluan piawai. Ia juga untuk menentukan samada operasi sistem pengurusan mampu menyumbang kepada pencapaian objektif organisasi dan juga keluaran sistem pengurusan.
Hasil daripada audit yang dijalankan selama 2 hari, pihak SIRIM berpuashati dengan penilaian yang dibuat terhadap prestasi dasar dan objektif pengurusan yang melibatkan audit dalaman, perancangan dan kawalan dokumen. Tiada sebarang penemuan NCR (non-conformity report) pengiktirafan pensijilan ISO 9001:2015 dikekalkan bagi Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya hingga tempoh tamat sijil.
Berita Disediakan Oleh
Unit Pengurusan Strategik & Intervensi
JKR WP Putrajaya