top of page
Penyelengaraan Bangunan Jabatan Kerajaan Persekutuan

Pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya telah membuka lembaran
baru dalam sejarah pembinaan bangunan-bangunan awam di Malaysia. Pejabat-pejabat yang
terkenal di dunia kini terdapat di Putrajaya. Dengan persekitaraan bangunan yang selesa,
landskap yang ternyata indah serta peralatan yang canggih dan terkini maka angota-angota
Kerajaan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik.

Bangunan Pejabat Kerajaan Persekutuan

Bangunan  Pejabat Kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:

 

1. Bangunan Pejabat Gunasama
    Kompleks bangunan yang dikongsi bersama oleh beberapa kementerian/ jabatan/ organisasi

 

2. Bangunan Pejabat Bukan Gunasama
    Kompleks bangunan-bangunan yang dikhususkan untuk sesebuah kementerian, jabatan

    dan organisasi sahaja. Contohnya: Kompleks Kementerian Kewangan, Kementerian Luar

    Negeri, hospital, klinik, sekolah, balai polis, masjid dan sebagainya.

Tanggungjawab Penyelenggaraan Bangunan

1. Bangunan Pejabat Gunasama
    Pihak yang bertanggungjawab terhadap bangunan pejabat gunasama di Putrajaya ialah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP). Tanggungjawab ini meliputi perancangan, kawalan dan seliaan segala urusan penyelenggaraa, perlantikan kontraktor penyelenggaraan, penyediaan belanjawan dan kawalan peruntukan.    

 

2. Bangunan Pejabat Bukan Gunasama
    Pihak yang bertanggungjawab terhadap bangunan pejabat bukan gunasama di Putrajaya ialah ketua jabatan yang menduduki dan mentadbir bangunan tersebut. Tanggungjawab ini meliputi perancangan, kawalan dan seliaan segala urusan penyelenggaraan, perlantikan kontraktor penyelenggaraan, penyediaan belanjawan dan kawalan peruntukan.

   Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, ketua jabatan boleh mendapatkan perkhidmatan JKRWPP dalam bidang-bidang berkaitan yang diperlukan.

Pengurusan Fasiliti (FM)

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi agensi kawalselia dalam pelaksanaan penyelenggaraan Bangunan Pejabat Kerajaan Persekutuan yang terdapat di Putrajaya.

Antara peranan khusus JKRWPP memastikan pejabat dan segala kelengkapannya beroperasi dan diselenggara dengan baik termasuk ruang luar pejabat dan ruang gunasama. Perkhidmatan yang diselenggara termasuklah sistem lampu, alat pencegah kebakaran, hawa dingin, lif, telefon, kerja pembersihan dan landskap. JKRWPP melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja berkenaan.

Bangunan Pejabat Kerajaan Persekutuan di Putrajaya bawah pemantauan & seliaan JKR WP Putrajaya

Bahagian Bangunan Kerajaan 1 (BBK 1)

  1.   Kompleks A - Pej. Perdana Menteri (PMO)

  2.   Kompleks B - Jab. Perdana Menteri

  3.   Kompleks C - Jab. Perangkaan / Jab. Perkhidmatan Awam

  4.   Kompleks D - Jab. Perdana Menteri / Kementerian Dalam Negeri / Kementerian Sumber Manusia

  5.   Kompleks E - Kementerian Pendidikan Malaysia / Kementerian Kesihatan Malaysia

  6.   (Blok E4/5) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

  8.   (Lot 2C10) Suruhanjaya Pilihan Raya

  9.   (Lot 5G2) Kementerian Perlancongan / Kementerian Pengajian Tinggi

10.   (PT111) Istana Melawati

11.   (Lot 7G1) Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

Bahagian Bangunan Kerajaan 2 (BBK 2)

  1.   (Lot 2G1) Jab.Kastam Diraja Malaysia / Jab.Akauntan Negara

  2.   (Lot 2G2) Kementerian Kewangan Malaysia

  3.   (Lot 2G3) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

  4.   (Lot 2G4) Jabatan Imigresen Malaysia / Kementerian Perusahan, Perladangan Dan Komoditi

  5.   (Lot 2G5) Jabatan Pendaftaran Negara

  6.   (Lot 2G6) Menara Usahawan

  7.   (Lot 2G8) Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam / Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

  8.   (Lot 3G1) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

  9.   (Lot 3G3) Istana Kehakiman dan Makamah Syariah

10.   (Lot 2C1) Jabatan Wilayah Persekutuan

 

Bahagian Bangunan Kerajaan 3 (BBK 3)

  1.   Masjid Putra

  2.   Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA)

  3.   Kompleks Islam Putrajaya (KIP)

  4.   (Lot 2G7) Kementerian Luar Negeri

  5.   (Lot 4G1 & 4G2) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

  6.   (Lot 4G3) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar /

  7.   (Lot 4G4) Kementerian Belia Dan Sukan / Jabatan Penerbangan Awam (CAAM)

  8.   (Lot 4G5) Kementerian Pengangkutan Malaysia

  9.   (Lot 4G7) Jabatan Peguam Negara

10.   (Lot 4G8) Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah

11.   (Lot 4G9) Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia 

12.   (Lot 4G10) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

13.   (Lot 4G11) Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

14.   Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya

bottom of page