top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

  SAKU  

SPSB.jpg

  SPSB   

Mesyuarat Dan Bengkel Project Lesson Learned JKR WP Putrajaya 2018

Tarikh : 20hb Oktober 2018 (Sabtu)

Bahagian Pengurusan Strategik & Intervensi telah menganjurkan satu mesyuarat dan bengkel Project Lesson Learned di Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 18 hingga 20 oktober 2018. Seramai 23 orang peserta yang terlibat, terdiri daripada kumpulan professional dan sokongan serta 3 orang wakil penceramah daripada CDPK Ibu Pejabat JKR.

 

Tujuan mesyuarat dan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan project lesson learned (PLL) dan proses yang terlibat kepada kakitangan bagi memastikan semua kumpulan sasaran memahami keperluan project lesson learned (PLL). Selain itu, mesyuarat dan bengkel lesson learned ini juga membincangkan pengalaman dan penemuan untuk di dokumenkan serta membentangkan hasil laporan yang terlibat bagi memastikan KPI tercapai dan mewujudkan perkongsian ilmu.

 

Mesyuarat dan bengkel ini melibatkan 2 kumpulan iaitu Bahagian Ukur Bahan dan Bahagian Senggara Kuarters. Bahagian Ukur Bahan membincangkan dan mementangkan solusi berkaitan isu penyediaan/semakan bayaran interim bagi kontrak pengurusan fasiliti manakala Bahagian Senggara Kuarters pula membincangkan dan membentangkan solusi berkaitan isu kerka-kerja pengurusan & penyelenggaraan kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal bagi kuarters dibawah penyelenggaraan JKR WP Putrajaya.

 

Hasil daripada mesyuarat dan bengkel project lesson learned ini akan di dokumenkan serta dimuat naik ke J-Pedia sebagai rujukan pihak JKR, selain itu ia melengkapkan KPI Pelan Bisnes Jabatan bagi Tema 4. Justeru itu dengan adanya mesyuarat dan bengkel lesson learned ini dapat memastikan Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya terus berkembang dengan lebih baik untuk rujukan di masa hadapan.

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 24-JUL-2024

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page