top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Majlis Sambutan Hari Lahir Dan Majlis Perpisahan Pegawai

Bahagian Senggara Zon 3 & Kejuruteraan Elektrik

Tarikh : 19hb April 2019 (Jumaat)

Satu Majlis Sambutan Hari Lahir dan Majlis Perpisahan Pegawai Bahagian Senggara Zon 3 & Kejuruteraan Elektrik (Zon 3) telah diadakan bertempat di Bilik Bincang Wira, Aras 2, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKR WPP).

 

Majlis ini diadakan bagi meraikan sambutan hari lahir kakitangan Bahagian Zon 3 bagi bulan Disember 2018 sehingga April 2019. Turut diraikan adalah Ketua Jurutera Elektrik, Ir. Shamsuriee Bin Sulaiman yang menyambut hari kelahiran beliau pada 18 April 2019. Semoga Allah S.W.T panjangkan umur Tuan KJE dan juga kakitangan yang diraikan.

 

Majlis juga diadakan bersempena pertukaran secara dalaman dan kembali bertugas dari cuti sakit bagi Encik Tan Yeong Yong selaku Jurutera Elektrik J41 yang bertukar dari Bahagian Zon 3 ke Bahagian Pengurusan Korporat pada 9 April 2019. Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Tan Yeong Yong, semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

 

Selain itu, majlis juga turut meraikan kemasukan pegawai-pegawai baru ke Bahagian Zon 3 iaitu:

1. Encik Muhammad Naguib bin Badrul (Jurutera Mekanikal Penguasa J52)

2. Ir. Azlan bin Mohd Anwar (Jurutera Elektrik Penguasa J52) – Bahagian Pengurusan Projek

3. Encik Marwan bin Mohamad (Jurutera Elektrik J41)

 

Adalah diharapkan agar pegawai-pegawai yang diraikan dapat memberikan khidmat yang terbaik sepanjang berkhidmat di JKR WPP.

Berita Disediakan Oleh:

Marwan Bin Mohamad

Jurutera Elektrik

Bahagian Senggara Zon 3

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 13-JUN-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page