

Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

BRISK WALK SANTAI RIA JKR WP PUTRAJAYA 2025
























































Tarikh : 14hb November 2025 (Jumaat)
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah berjaya menganjurkan Program Brisk Walk Santai Ria 2025 di Taman Botani Putrajaya, melibatkan seramai 208 peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua Bahagian, kakitangan tetap serta kakitangan kontrak JKR WP Putrajaya.
Program ini turut diadakan bagi meraikan sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025, sebagai inisiatif mempromosikan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan warga profesional teknikal di JKR WP Putrajaya. Penganjuran ini juga selaras dengan aspirasi Putrajaya Sihat Sejahtera serta kempen Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, yang menekankan kepentingan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial dalam kalangan komuniti setempat.
Program ini turut direalisasikan melalui kolaborasi bersama kontraktor penyelenggaraan, yang turut memainkan peranan dalam menyokong pelaksanaan aktiviti, sekali gus mengukuhkan semangat kebersamaan dan komuniti sihat di Putrajaya.
Program bermula pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan dan pendaftaran peserta, diikuti nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa sebagai pembuka majlis. Seterusnya, para peserta mengikuti sesi pemanasan badan (warming up) yang dipimpin oleh En. Ilkham Bin Abu Bakar, Pembantu Operasi, bagi mempersiapkan diri sebelum memulakan aktiviti berjalan.
Tepat jam 9.00 pagi, acara brisk walk dimulakan dan disempurnakan dengan sesi pelepasan oleh YBrs. Pn. Adilah Muniyati Binti Johari, Jurutera Awam Penguasa Kanan yang menjalankan tugas Pengarah. Aktiviti santai ini memberi ruang kepada para peserta untuk meningkatkan kecergasan sambil menikmati persekitaran hijau Taman Botani Putrajaya.
Brisk walk tamat sekitar 9.30 pagi, diikuti dengan sarapan pagi berserta cabutan bertuah, sebelum para peserta bersurai sekitar jam 10.00 pagi.
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga JKR WP Putrajaya yang telah memberikan sokongan dan menjayakan program ini!
“Kesihatan Bermula Dengan Langkah, Kecergasan Datang Dengan Usaha.”
Berita Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya




