top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PERAKUAN SIAP KERJA DAN PENYERAHAN PROJEK SIAP KERJA-KERJA MENGECAT SEMULA BAHAGIAN LUAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN TERES BANGUNAN KUARTERS DI PRESINT 8, PUTRAJAYA

Tarikh : 02hb Julai 2024 (Selasa)

 

Majlis Penyerahan Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate Of Practical Completion, CPC) dan Penyerahan Projek Siap Kepada Pelanggan bagi Kerja-Kerja Mengecat Semula Bahagian Luar Dan Kerja-Kerja Berkaitan Bagi 108 Unit Berkembar Dan 330 Unit Teres Bangunan Kuarters Di Presint 8, Putrajaya telah diadakan pada 2 Julai 2024 (Selasa) di pejabat Jabatan Kerja Raya WP Putrajaya pada jam 10:00 pagi.


Majlis telah disempurnakan oleh En. Robert Anak Albert Girik (Menjalankan Tugas Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya) dan dihadiri oleh Encik Sheikh Mohd Amirullah bin Zainal, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri selaku pihak pelanggan serta En. Wan Mohd Fadhil Bin Wan Sulaiman selaku Pengurus Projek dari MH Sedia Bina Sdn. Bhd. Majlis ini juga disaksikan oleh Ir. Izmal Bin Ibrahim selaku Wakil Pegawai Penguasa (Utama) bagi projek ini.


Majlis dimulakan dengan serahan Sijil Penyerahan Sijil Perakuan Siap Kerja kepada MH Sedia Bina Sdn. Bhd. diikuti dengan Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek kepada BPH. Kos penyiapan kerja ini adalah sebanyak RM2,640,500.00
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan projek ini. Terima kasih juga kepada pihak pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Kuarters Kerajaan (BKK)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 30-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page