

Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

SESI MENANDATANGANI DOKUMEN SIAP KERJA & KELULUSAN PENGELUARAN DANA PROGRAM PENGURUSAN ASET TAHUN KE-5 PERJANJIAN KONSESI PARCEL F, PUTRAJAYA








Tarikh : 23hb Disember 2025 (Selasa)
Sesi Menandatangani Dokumen Siap Kerja & Kelulusan Pengeluaran Dana bagi Program Pengurusan Aset (AMP) Tahun Ke-5 Perjanjian Konsesi Parcel F, Putrajaya telah berjaya dilaksanakan pada 23 Disember 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Damar Sari, Aras 3, Blok F8, Parcel F, Putrajaya.
Sesi ini telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Adilah Muniyati binti Johari, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Yang Menjalankan Tugas Pengarah, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, bersama YBrs. Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor, Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.
Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri, serta Putrajaya Bina Sdn. Bhd. (PBSB) selaku syarikat konsesi yang dilantik.
Pelaksanaan kerja-kerja penukaran aset di bawah Program Pengurusan Aset ini telah menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan kebolehpercayaan sistem bangunan, sekali gus menyokong kelancaran operasi harian serta memenuhi keperluan pengurusan fasiliti yang cekap, bersepadu dan mampan.
Sesi diteruskan dengan menandatangani dokumen siap kerja bagi aset-aset yang telah dilaksanakan penukaran di semua blok di Parcel F bagi Tahun Ke-5, selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi Parcel F, Putrajaya.
Berita Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya




