Dari Kita Untuk Kita @ BIRO KEBAJIKAN Ziarah Cik Nur Farah Izza binti Muhliden

Tarikh : 25hb Oktober 2018 (Khamis)

Biro Kebajikan melalui Kelab Sukan, Sosial Dan Kebajikan JKR WPP telah melakukan satu ziarah silaturahim kepada Cik Nur Farah Izza, bekas kakitangan kontrak JKR WP Putrajaya yang telah menerima ujian daripada Allah. Beliau telah diuji dengan Kanser LIMFOMA atau lebih dikenali dengan Kanser Darah.

 

Rutin beliau adalah perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan berkala sebanyak 2 kali sebulan di Hospital Ampang. Melalui AJK Biro Kebajikan, satu kutipan sumbangan telah dibuat oleh kakitangan JKR WPP dan YBhg. Dato’ Ir Hj. Habbali Bin Ibrahim selaku Tuan Yang Dipertua KSSK telah berkesempatan menyerahkan sumbangan tersebut kepada beliau di kediamannya di Desa Pinggiran Putra, Sepang.

 

Untuk makluman semua juga, program Dari Kita Untuk Kita (DKUK) ini juga merangkumi sumbangan Cenderahati Hari Lahir, Cenderahati Cahaya Mata, Cenderahati Anak Cemerlang, Cenderahati Kematian Keluarga, Sumbangan Cenderahati Khas dan lain-lain.

 

Akhir Kalam, warga JKR WP Putrajaya mendoakan agar Cik Nur Farah Izza diberikan kesembuhan dan semangat yang kuat dalam menempuhi dugaan dan ujian daripada Allah. Semoga berkat kesabaran dan ketabahan beliau menjadi pedoman kepada kita dalam menempuhi hidup ini.

 

Kepada sesiapa yang masih ingin memberikan sumbangan, bolehlah menghubungi Encik Muhliden 013 7115604 atau Cik Nur Farah Izza di No Telefon 011 3352 9952.

Berita Disediakan Oleh

Mohd Shahriman Bin Abd. Latef

Juruukur Bahan

Biro Kebajikan, KSSK JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. 
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 06-Dis-2019

  bilangan pelawat  

email aduan kuarters: aduanjkrwppj@gmail.com | email aduan JKR: aduan.jkr@1govuc.gov.myemail admin laman portal: jkrwpp@gmail.com

+603-8885 6800

  J-CoP  

  eSPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

  SAKU  

SPSB.jpg

  SPSB