top of page
Kumpulan PUTRAtech juarai Piala Pusingan KIK Peringkat KKR dan Agensi Tahun 2022

Tarikh : 31hb Okt 2022 (Rabu)

 

Majlis Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Agensi Tahun 2022 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman dengan diiringi oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), YBhg. Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Bin Hassan.

Bertepatan dengan tema Hari Inovasi pada tahun ini “Warga Inovatif, Aspirasi Keluarga Malaysia” satu ceramah inovasi telah disampaikan oleh selebriti Amin Idris. Selain itu, majlis turut diserikan dengan pameran produk inovasi daripada pelbagai agensi awam dan swasta termasuk daripada Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) dan Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE). Antara produk yang telah dipamerkan ialah Universal Mud Grip Tire, E-Novat, EZI Jacker, Ir. Cut and Compact, Multipurpose Vest, V-Der dan Mini Road Sweeper daripada CREaTE manakala daripada CKE antaranya AR Electrical Final Circuit Tracer, I-Supervision, Speed Sign with IoT Radar Sensor dan Electric Vehicle Conversion.

Acara kemuncak majlis iaitu penyampaian anugerah kepada Ketua Panel dan pemenang Anugerah Inovasi daripada KKR, JKR, CIDB dan LLM telah disempurnakan oleh YBhg KSU KKR. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada  Panel Penilai dan pemenang Anugerah Inovasi JKR Malaysia Tahun 2022. Lebih membanggakan bagi warga JKR  kumpulan KIK PUTRAtech daripada JKR WP Putrajaya kerana menjuarai Piala Pusingan KIK Peringkat KKR dan Agensi Tahun 2022.

Teruskan usaha ini dan marilah sama-sama kita merealisasikan amalan kreativiti dan inovatif dalam pembudayaan kerja seharian sekaligus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan di JKR dalam konteks  Keluarga Malaysia  hari ini. Syabas semua.

 

Berita disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page