top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

PERTANDINGAN PAINTBALL JKR WP PUTRAJAYA 2024 MEMERIAHKAN SAMBUTAN HPTN 2024

Tarikh : 1hb Disember 2024 (Ahad)

 

Sempena Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2024, Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menganjurkan Pertandingan Paintball JKR WP Putrajaya 2024 yang berlangsung dengan penuh semangat dan kemeriahan di Awana Paintball Park, Seksyen 15 Bangi.

Acara bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu menyaksikan penyertaan sebanyak lapan pasukan diwakili oleh setiap bahagian di JKR WP Putrajaya, yang bersaing sengit merebut gelaran juara.

Majlis perasmian pertandingan telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Izmal bin Ibrahim, selaku menjalankan tugas Pengarah JKR WP Putrajaya. Dalam ucapan beliau menekankan pentingnya semangat berpasukan dan silaturahim dalam kalangan warga kerja sebagai elemen penting dalam kejayaan organisasi, sejajar dengan matlamat Sambutan HPTN 2024.

Selepas beberapa pusingan yang mendebarkan, pasukan B2 Hamas, BBK2 dinobatkan sebagai juara pertandingan, diikuti oleh pasukan Takluk Adrenaline, BBK1 di tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Kumpulan Arjuna, BBK3.

Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mempromosikan Sambutan HPTN 2024 tetapi juga berperanan mengukuhkan hubungan serta meningkatkan semangat kesukanan di kalangan warga JKR WP Putrajaya.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page