

Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

PROGRAM BUAL BICARA HPTN 2025 JKR WP PUTRAJAYA BERSAMA PELAJAR-PELAJAR KOLEJ TUNKU KURSHIAH
















































Tarikh : 8hb Disember 2025 (Isnin)
Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menganjurkan Program "Bual Bicara Bersama Profesional Jurutera dan Arkitek" bersempena Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025 bertempat di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.
Program ini dianjurkan sebagai usaha memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai prospek kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan seni bina serta memupuk minat terhadap profesion teknikal negara.
Sesi bual bicara telah menampilkan dua penceramah jemputan iaitu:
🔸 YBrs. Ir. Dr. Abdul Muhaimin bin Mahmud, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan – Tajuk: “Dari Impian Ke Profesion Jurutera”
🔸 YBrs. Ar. Ts. Mohd Nurhamli bin Mohd Thani Retnam, Arkitek Kanan – Tajuk: “Meniti Kerjaya Sebagai Arkitek”
Turut hadir memberikan ucapan alu-aluan ialah YBrs. Puan Adilah Muniyati binti Johari, Jurutera Penguasa Kanan selaku menjalankan tugas Pengarah JKR WP Putrajaya, dan YBrs. Hjh. Fathiiyah binti Mohd Pozi, Pengetua Kolej Tunku Kurshiah.
Program ini melibatkan seramai 250 pelajar, 4 orang guru, serta 11 orang pegawai daripada JKR WP Putrajaya selaku urusetia. Selain sesi perkongsian kerjaya, program turut diserikan dengan sesi soal jawab, bergambar, penyerahan cenderahati kepada penceramah serta edaran cenderahati kepada para pelajar. Sarapan pagi turut disediakan kepada pelajar yang menyertai program ini.
Pihak JKR WP Putrajaya merakamkan penghargaan kepada pihak Kolej Tunku Kurshiah yang sudi menerima kehadiran JKR WP Putrajaya dalam menjayakan program sambutan HPTN 2025.
"Mengorak Inovasi Masa Depan Demi Kemanusiaan"
Berita Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya




