top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA LEMBAGA ARKITEK MALAYSIA (LAM) BERSEMPENA SAMBUTAN HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA (HPTN) 2025 PERINGKAT JKR WP PUTRAJAYA

Tarikh : 6hb November 2025 (Khamis)

 

Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kerjasama Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025.

Majlis turut dihadiri oleh Profesor Madya Ar. Zuraina Leily binti Awaluddin, Ahli Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) selaku tetamu khas program. Beliau berkongsi pengalaman luas dalam bidang seni bina serta peranan LAM dalam memperkasa pembangunan profesional arkitek di Malaysia.

Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, serta persembahan silat daripada Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia, Putrajaya. Seterusnya, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Tuan Razid bin Zakaria selaku Ketua Program HPTN JKR WP Putrajaya, dan Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Shahrizal bin Dolah, Timbalan Dekan JINM & Pembangunan, Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM.

Majlis diteruskan dengan tayangan montaj HPTN 2025, diikuti penyampaian cenderahati kepada pihak UPM dan penceramah jemputan, sebagai tanda penghargaan atas kerjasama serta sumbangan mereka menjayakan program ini.

Antara pengisian menarik ialah sesi soal jawab bersama Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang mendapat sambutan daripada para pelajar dan peserta. Dalam sesi ini, pelajar berpeluang berinteraksi secara langsung dan mendapatkan pencerahan berkaitan laluan kerjaya serta peranan arkitek dalam sektor pembangunan negara. Jamuan sarapan pagi serta cenderahati turut disediakan untuk pelajar dan peserta yang hadir bagi merapatkan ukhuwah antara pihak JKR dan UPM.

Program ini bukan sahaja memperkukuh jalinan antara agensi teknikal kerajaan dan institusi pendidikan tinggi, tetapi juga membuka ruang kepada pelajar untuk memahami peranan penting profesion teknikal dalam pembangunan negara.

HPTN 2025 akan diteruskan ke peringkat kebangsaan di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru pada 10–11 Disember 2025. Semua warga profesional, pelajar, dan masyarakat umum dijemput hadir memeriahkan sambutan ini!

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan semangat profesional teknikal!

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 17-NOVEMBER-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page