top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Program Integriti : "Human Behaviour"

Tarikh : 17hb Jun 2019 (Isnin)

Satu program Integriti berkenaan ‘Human Behaviour’ telah diadakankan di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya yang disampaikan oleh penceramah Dr. Christopher Abas dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Program taklimat ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) JKR WP Putrajaya. 

 

Seramai 48 orang kakitangan JKR WP Putrajaya, telah hadir menyertai taklimat ini. Objektif taklimat ini adalah memberi pendedahan dan mengenal pasti tingkahlaku manusia, potensi dan keupayaan yang dinyatakan untuk aktiviti fizikal, mental, dan sosial dalam fasa kehidupan bagi membentuk tingkah laku positif kakitangan penjawat awam.

 

Berdasarkan kajian BFI (Big Five Inventory) Interpretation, terdapat 5 tret personaliti iaitu Extraversion, Agreeableness, Conscientiousness, Neuroticism, Openness to Experience dimana tret-tret ini mengambarkan emosi, hubungan interpersonal, pengalaman dan motivasi yang menerangkan tingkah laku dalam pelbagai situasi (Saucier & Goldberg, 2003).

 

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Christopher Abas dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, urusetia UPSi dan para peserta yang terlibat sepanjang penganjuran taklimat ini berlansung. Semoga semua peserta yang terlibat dengan taklimat ini mendapat manfaat serta ilmu yang berguna bagi membentuk sikap dan tingkahlaku yang positif samada di tempat kerja atau di luar tempat kerja.

Berita Disediakan Oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-MEI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page