top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Membina Integriti Memerangi Rasuah

Tarikh : 26hb Julai 2019 (Jumaat)

JKR WP Putrajaya, anjuran Senggara Kuarters telah mengadakan program ceramah integriti bertajuk “Membina Integriti Memerangi Rasuah” bertempat di Bilik Taklimat Tender JKR WP Putrajaya Aras 1. Ceramah disampaikan oleh En. Rosmadi Bin Kasim, Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Program bermula jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta, seramai 53 peserta telah hadir yang terdiri daripada kalangan kakitangan JKR WP Putrajaya memeriahkan program ini. Dimulai dengan bacaan doa oleh En.Muhammad Isa Bin Abdul Majid kemudian diikuti ucapan pembukaan dan kata-kata aluan daripada Dato Ir.Habbali Bin Ibrahim, Pengarah JKR WP Putrajaya.

 

Antara kandungan ceramah yang disampaikan oleh En. Rosmadi Bin Kasim, Penguasa Kanan SPRM menyentuh tentang kepentingan integriti khususnya dikalangan penjawat awam amat penting dalam menanggani rasuah, kes-kes rujukan yang disampaikan menjadi iktibar dan pedoman agar rasuah dihindari. Turut di terangkan akta-akta rasuah, hukuman yang dikenakan kepada yang menerima serta pemberi rasuah dan kaedah yang betul menolak sogokan rasuah juga maklumat lengkap yang diperlukan dalam membuat aduan berkenaan rasuah agar proses penangkapan dan pendawaan boleh dibuat. Selain itu inisiatif-inisiatif yang telah di buat oleh pihak SPRM dalam memberi kesedaran kepada masyarakat umumnya dan penjawat awam khususnya turut dibentangkan.

 

Pengarah JKR WP Putrajaya amat berterima kasih kepada penceramah diatas info bermanfaat yang disampaikan dan tidak lupa juga terima kasih kepada En. Ir. Masri Bin Baharuddin, Ketua Bahagian Senggara Kuarters serta para urusetia Senggara Kuarters yang terlibat menjayakan program ini. Semoga program ceramah seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Senggara Kuarters

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-MEI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page