top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Program Kempen Derma Darah

Tarikh : 03 April 2018

Program Kempen Derma darah telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang bertempat di Ruang Legar Aras 2, JKR W.P.Putrajaya. Kempen Derma Darah ini  merupakan Anjuran bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan JKR WP Putrajaya, Kelab Sukan dan Kebajikan JKR WP Putrajaya bersama  Pusat Darah Negara.

 

Seramai 120 orang kakitangan daripada pelbagai Agensi di Kompleks C telah hadir bagi menjayakan program berkenaan. Seramai 86 kakitangan yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan hanya 66 kakitangan telah melepasi saringan kesihatan bagi tujuan derma darah. Hasil program ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 66 beg darah bersamaan 23.1 liter darah bagi kegunaan dan simpanan Pusat Darah Negara.

 

JKR WP Putrajaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kempen Derma Darah bagi tahun 2018.

 

 “1 Beg Darah Mampu Selamatkan 3 Nyawa”

Berita disediakan oleh:
 

Noor Shahrazal Bin Muhamad

Jawatankuasa Kecil Promosi

JawatanKuasa Keselamatan dan Kesihatan

JKR W.P Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page