top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Anugerah Kecemerlangan Kesihatan & Keselamatan Pekerjaaan Premis JKR

Dimaklumkan bahawa Panel Penilai Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan  JKR Malaysia sempena Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2018 sedang merangka jadual penilaian ke JKR Cawangan/JKR Negeri berkaitan.  

 

Sehubungan itu, sebagai langkah persediaan, mohon semua kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya mengambil tanggungjawab untuk mengemaskini persekitaran tempat/ruang kerja supaya menepati Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994), antaranya :

​

a)   Kabel / wayar elektrik diikat kemas, tidak menghalang laluan serta tidak berselerak di bawah meja;
b)   Laluan kecemasan tidak terhalang;
c)   Pintu kecemasan tidak terhalang;
d)   Bilik-bilik fail, bilik stor tersusun dan kemas serta kabinet fail tidak menghalang alat pencegah 

      kebakaran;
e)   Pantri, peti ais - tersusun, tidak mengandungi makanan tamat tempoh dll.

 

Tarikh sebenar lawatan panel berkaitan akan dimaklumkan setelah jadual rasmi lawatan diperolehi.

 

Kerjasama semua kakitangan terutama Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKR Putrajaya bagi menjayakan program ini sangatlah dihargai.

​

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-MEI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page