top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

MAJLIS PELEPASAN KONTINJEN JKR WP PUTRAJAYA KE KARNIVAL SUKAN JKR SE-MALAYSIA (SURYA 2024)

Tarikh : 12hb Ogos 2024 (Isnin)

 

Majlis Pelepasan Bendera Kontinjen JKR WP Putrajaya telah disempurnakan pada 12 Ogos 2024. Dalam majlis tersebut, En. Robert Anak Albert Girik, yang kini menanggung tugas Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP), telah menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Ir. Izani bin Mustapha, Ketua Kontinjen Pasukan JKRWPP, sebagai simbolik pelepasan kontinjen ke Karnival Sukan JKR Se-Malaysia (SURYA 2024).

Karnival SURYA 2024 yang akan berlangsung dari 15 hingga 18 Ogos 2024 di Arena Sukan Kuala Lumpur ini bakal menyaksikan penyertaan kontinjen JKRWPP dalam empat acara utama, iaitu Golf, Bowling, Badminton, dan Carom. Dalam ucapannya, En. Robert Anak Albert Girik telah memberikan suntikan kata-kata semangat kepada para atlet yang terlibat, menggesa mereka untuk berjuang sehabis baik bagi mencapai misi pingat emas dalam setiap acara yang dipertandingkan serta menerapkan dedikasi kerja berpasukan.

Selamat maju jaya kepada para atlet JKRWPP, seluruh warga kerja JKRWPP sentiasa berdiri teguh memberikan sokongan dan doa yang tidak berbelah bahagi berharap mereka akan membawa pulang kegemilangan buat Jabatan.

PUTRA WARRIOW !

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page